Menunaikan Haji


Menunaikan Haji

Kaabah

Kaabah (http://americanbedu.com)

“Labbaik Allahumma Labbaik,Labbaik laa syarikka laka labbaik, Innal haamda wanni’mata laka wal mulk Laa syariika laka.” Yang bermaksud:
“Aku datang memenuhi panggilanMu ya Allah,
Aku datang memenuhi panggilanMu, Tidak ada sekutu bagiNya,
Ya Allah aku penuhi panggilanMu.
Sesungguhnya segala puji dan kebesaran untukMu semata-mata.
Segenap kerajaan untukMu.
Tidak ada sekutu bagiMu”

Musim haji sudah tiba dan insan-insan yang telah terpilih untuk menjadi tetamuNya sedang siap-sedia dari segi rohani dan jasmani. Cukup bertuah kepada sesiapa yang terpilih menjadi tetamuNya, ada yang berduit tetapi masih tidak lagi mendapat jemputan dariNya oleh itu wang bukan segalanya… Kepada yang ditinggalkan, jangan bersedih kerana mereka pergi menuju ke jalan Allah, dan ingatlah dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali… Doakan mereka supaya mereka mendapat menjalani ibadah haji dengan aman dan damai dan mendapat haji yang mabrur…

Comments are closed.